Jom Buat Duit!!!!

Friday, 27 July 2012

Apa Yang Lelaki Suka n Tak Suke

Salam Ramadhan!!!!!!



Bercinte bertahun2 x semestinya selamanya bahagia tanpa pergaduhan...Kadang-kadang tyme bercinte mula ase pasangan kite tu xsesuai la, meluat la, boring la and mcm2 lagi...Tp u all kne la ade cara yang sesuai utk atasinya kan??


So, kepada gegerl yang kt luar sane yang sudah ade BF or belom??Entry kali ni aina nk share sikit "Apa yang lelaki suke n x suke"...so, boleh la bersedia pasni...Ihiks....


Lelaki suka:

* Sikap kelakar


* Budi pekerti dan kesopanan

* Murah hati

* Senyuman manja

* Pandai memasak

* Pandai dalam mengenakan pakaian

* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
* Tak mudah naik angin

* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak

* Tak terlalu seksi dalam berpakaian

* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”

* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya

* Berwawasan atau bercita-cita tinggi

* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.

* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira

* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi

* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki

* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

* Sikap keibuan

* Sukakan kanak-kanak

* Suara lembut tanpa dibuat-buat

* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat

* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki

* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut

* Tahu bersyukur

* Pandai berjimat-cermat

* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal







Lelaki Tak Suka:

* Wanita yang suka mengumpat

* Sombong dan bongkak

* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki

* Hisap rokok

* “Kau ni macam orang tig a suku!” Mengutuklah tu…

* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki

* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian

* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”

* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan ..”

* Wanita yang hipokrit

* Pembohong dan suka mencari alasan

* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki

* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka

* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang


* Pengotor dan pemalas

* Tak bertanggungjawab langsung

* Tak pandai mengemas

* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan

* Kuat berleter walau hal remeh temeh

* Boros berbelanja

* Tak tahu memasak

* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati

* “Queen Control” atau suka mengarah-arah

* Tak pandai bergaya atau selekeh

* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli

* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu

* Panas baran

* Kuat merajuk dan sukar dipujuk

* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi

* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

So, tlgla share info ini kepada yang memerlukan k....Thanks kepada my frenz sbb forward email yang agak membantu ini....


***************SELAMAT BERBUKA*********************

Wednesday, 25 July 2012

Cara Yang Baik Untuk Pembersihan Buah Pinggang


Salam Ramadhan!!!!!!!

Alhamdulillah aina diberi peluang lg untuk berpuasa pd thn ini....And setakat hrni aina still berpuase...ahaks...


Dekat entry kali ini aina nk share something yang aina rasekan ok untuk dikongsi...Aina dpt info ini dr kwn melalui email....


U all thu x daun "Parsley" ataupon ketumbar?? Selain digunakan untuk masakan, daun ketumbar boleh digunakan utk membersihkan buah pinggang....oh really?? Yes!!!!


Bayangkan da berapa lama kite hidop kt dunia ni, samela usia buah pinggang kite....Selama bertahun2 jugela dye menapis darah dengan membuang garam, racun and mana benda yang tidak dikehendaki memasuki badan kite. Sampai satu tempoh tu mngkin buah pinggang kite dah x dapat nk tampung ag n garam2 mula berkumpul...Kenela cuci k, klu x dapatla sakit buah pinggang....

Macam mane nk cuci, pki dinamo?breeze? No...No...No...ingat kain...ihiks....Care dye mudah jew, Modal mungkin dalam RM1.00...ahaaaa...murah an??

ok2 ini dye cara2 nya:-

1) Ambil segenggam or sekumpulan daun ketumbar.
2) Bersihkan dengan air bersih.
3) Potong kecil2.
4) Rebus dlm periuk bersama air dan biarkan ia mendidih selama sepuluh minit.
5) Then biarkan ia sejuk pastu masokkan la dlm jag or botol.
6) Simpan dalam peti sejuk.

Cara nk minum:-

Minum satu gelas sehari.
Bahan-bahan yang tak diperlukan oleh badan termasuk racun akan keluar ketika anda membuang air kecil.

Anda akan dapat merasakan perbezaannya...badan jadi selesa....Parsli/Ketumbar dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia semula jadi!

Tgok sekali imbas mmg mcm daun sup, tp bau dye lain....


Ini daun dye jarak dekat...

Aina nk try jup lg...jom same2 menjage kesihatan buah pinggang kite...Tolonglah forward info ini kepada org tersayang.


Info ini aina dapat dr email kwn aina, tuan punya petua ni pon soh share this info.....


Selamat Mencuba!!!!


************WASSALAM DARI AINA*************



Friday, 20 July 2012

Lafaz Niat Puasa

Salam Sejahtera.....

Esok Puasa ye kwn2,,,ihiks...ase sekejap je mase berlalu an?? So, jgn lupe niat puasa k..klu x, tak sah puasa nanti....Taw x niat?? x ingat? Lupe? Ok xpe...ini aina bg lafaz niat...


Semoga puasa kali ini kite akan mendapat keberkatan di dunia and akhirat...Amin!!!!


******Wassalam********





Thursday, 19 July 2012

Perkara Yang Lelaki Tak Suke

Salam Sayang........

Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa perkara yang boleh menjadi pemicu kepada kemarahan golongan cik abang. Dengan memahami ‘pantang-larang’ kaum lelaki dan perkara-perkara yang boleh membuat mereka bosan, ia dapat mengelakkan si isteri daripada terjebak dalam perbalahan rumahtangga.
Berikut adalah beberapa ‘pantang’ lelaki :

1. Ungkit kisah lama




Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu.
Tetapi cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengenanya?
2. Banyak soal


Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal inspektor polis.

3. Bersaing dengan dirinya

Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya, sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri.
Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.
4. Perlakukan mereka bak anak kecil
Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.
 
5. Mengongkong




Bukan beliau tidak mempedulikan anda.

Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.

6. Menuduh
Wanita suka berbicara bak dirinyalah menjadi mangsa sekali gus membuat lelaki berasa bersalah. Misalnya:
Wanita: Baju mana yang cantik, merah ke biru? Lelaki: Entah, suka hati awak. Dua-dua cantik. Wanita: Awak memang tak ambil endah. Semua tak tau!

7. Cakap berputar belit
Cara perbualan, penyampaian dan menceritakan sesuatu dengan amat terperinci dan panjang lebar seolah-olah tiada penghujungnya membuat lelaki bosan kerana apabila berbual, lelaki lebih fokus.

8. Tidak tahu simpan rahsia
Mungkin wanita rasa tidak bersalah memberitahu teman bahawa suaminya berdengkur amat kuat dan cerita begini menggelikan hati tetapi lelaki menganggapnya kesalahan besar.

9. Bertanya sayang ke tidak
Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa tapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.

10. Kata ‘tak ada apa-apa’
Apabila anda mematikan diri dan mengharap mereka ‘membaca’ fikiran anda, anda membuat mereka berasa keinginan untuk menolong ditolak dan akhirnya, mereka pun meradang. Tercetuslah perang sengit.

Aina just share this artikel k...Aina dapat from email...
Oleh :  Noor Azlin Sukri (Maybe ini penulisnya)


Wednesday, 18 July 2012

Potluck Before Ramadhan

Salam Sayang......

Tinggal beberapa hari je lg bulan ramadhan akan menjelma...So, kebiasaannya dlm minggu2 terakhir ni ramaila yang buat mkn2...Terutamanya di office or kolej.
Nme glemer aktiviti mkn2 ni adalah potluck...


So, arini pon wat la aktiviti mkn2 ni...sungguh meriah dengan pelbagai jenis makanan.....ihiks...menu mmg aina nk prepare awal2 n msg2 ade bhgian yang kene bwk or masak....





Juadah mmg terbayek...tugas aku adalh msk tomyam campor..ihiks...sedap taw...semua licin..lgpon aktiviti mkn ramai2 ni mmg best n berkat la katekan...


woooowww...time puasa klu tgok mmg terliur!!!!

kak fani yang tgh khusyuk sampai xprasan diperhatikan...ihiks....

Saya mmg suka n kuat mkn udang..letakla sebakul pon, konpem abis!!!!

Pembekal ayamas kite....kacak orgnya....ihiks....

Moiii with kak fani....

ooohhhh....sungguh like pic ni....

Inilah my opismate!!!!!anak and mak dare!!!

Cara kempiskan idong...HEEEE

Sorry gambat blurrr sikit...apepon syamim still maintain macho.....

Pembekal salad!!!mmg sedap n segar dr ladang GIANT!!!

sesi melantak and gossiping!!!

ya...ya... i know this entry byk gambar and caption jew....but ok la an??itu maknanya best sgt sampai xleh nk tulis dengan ayat...


klu yuna (setiap gambar ada lgu), tp aina (setiap gambar ada makna),,,ihiks...ok x??


*******SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN********

Monday, 16 July 2012

PWTC Career Fair By Shapadu

Salam Semua!!!Semoga hrni lebih ceria.......

Lambakan graduan semakin meningkat di Malaysia...Cube bygkan dlm satu thn bp puluh ribu  + ratus ribu graduan di hasilkan dr pelbagai IPTA n IPTS....

So, akibatnya ramai2 la tanam anggur kt umah..tp buahnyer mmg tade la...ahaks...So, kepada yang sdh bekerja tu sepatotnya bersyukur la...jgn asik komplen gaji skit la itu la....

So, setiap thn juga kerap diadakan karnival kerjaya anjuran kementerian pendidikan and pelajaran....So, pada thn ni company saye dijemput untk memeriahkan lg karnival ini....

uniform kami pada hari tu...muke semangt je an??ihiks....

Karnival ini berlangsung selama tige hari bermula jumaat...dr hari pertama mmg ramai da pengunjung yang datang....mcm2 perangai boleh tgok....kecian pon ade tgok dorg...tetibe timbul ase kesyukuran dlm diri aina...yang aina dah bekerja....Alhamdulillah.....

Aina and Dini melayan mereka dgn sebaiknyer...ye la kekadang ade yg datang dr jao...ade jgk yang ditemani oleh mak bapak....and yang paling best mak bapak je datang crkan kerja u anak....ish...ish...ish...
ok...tgok banner kami...simple tp meriah an??

Sessi rehatkan mate..senaman mate ke ats...ihiks...

Ahaks...ni seyes candid...i mmg rajin ok....

"Ye dik...kerjela ngan kami...ihiks"....

Sessi lepaking...tyme ni nk ttp booth da....bkn curik tulang k...

Kt pwtc ni mmg byk cermin..keliling de je cermin besa...so, kami pon snap2...ihiks...

So, kepada yang x berkesempatan nk dtg ritu..leh je drop email kt kami...usahe sikit n jgnla terlalu demand k..percayela pd rezeki anda....

******Wassalam*******


Sunday, 15 July 2012

Makan Best Di Serai Empire

Ello Every-Body/One!!!wink...wink....

Today I sesgat happy….BECAUSE…..boss belanja makan….hooreey!!!sapa x suke makan free rite??ihiks….
Okay, today our boss decided tok belanja semua staff dye mkn…ni kali kedue rasenyer dye belanje….Semoga sentiasa dimurahkan rezeki ye boss..AMIN!!!! Lenkali boley la belanja lg an?
Tempat kami mkn free adalah di “Serai Empire”…Ha ameekk ko..bkn calang2 tempat…ihiks…Tempat dye mmg best…
Pintu masok dye pon da awesome an??Apelagi mknan dye...ihiks....

Our Boss yang baik hati mmg suke mkn dekat sini...so, dye pon nk berkongsi kesedapan ngan staff dye...sweet an my boss....Kt sini every table akan ade gelas..then dlm dye ade SERAI....mmg ptot la pon nme kedai pon SERAI...tema dye mmg serai...bkn serai plastik k...tp serai HIDUP.....nmpk fresh...

Ha...nmpk x serai tu...ihiks....

Ok..abaikan background nenek tue kt belakang tu....fokus serai ats meje je k....

 Ini environment arrangement table....

My boss yang pemalu...tutop muke la plak...ihiks...

Kami perempuan2 itu!!!ahaks.....

Haritu mmg hari lapar sedunia...then, mmg x sempat nk snap picture makanan....Makanan dye mmg terbaik...mmg berbaloi2 la katekan....

Dorang ni klu da berjumpe mmg ssh nk stop borak...Ade je cerite2 nk dishare nyer...Ahaks...padahal kt opis jumpe...x plak nk sembang sakan....ihiks...so, aku ni yang x kuat borak...layan la perasaan bersame bantal yang ade di situ...oh lupe, env mmg mcm mkn kt umah...siap ade bantal lagitu....

Yang bezenyer, kt umah kenyang leh tros tido...kt sini mmg xblh la...kene halau ade...ihiks....

Boss...may i sleep here??plisssssss....ahaks....

Cube teke mane saye??10 markah!!!!!


Our....We....The HR gugurlz.....Geng mne ade mkn FREE....situ ade KAMI!!!!

Ok then, the latest is Serai Empire ni da pon start Ramadhan Dishes dye...you all leh bkk laman web dye tok tgok menu...booking trus pon boleh....click sini k SERAI EMPIRE ....kat website semua ade...contact no, dishes, mcmmane nk booking and others....

So, ape tunggu lagi...da ade tempat nk berbuka nanti an??eemmm awesome!!!!!



Saturday, 14 July 2012

Tournament bowling at Sunway Pyramid!!!

Assalamualaikum.....Awesome!!!!!

Berenang, Jogging, Pingpong, Futsal tu some aina da pnh join tournament....tp xpnh dapat johan pon...pling power pon pingpong naib johan...ihiks...yang len saguhati....ok la tu an??


So, today is the day of tournament bowling Shapadu 2012....and of coz aina join even ratu longkang!!!ok la tu an.....and of coz im not alone....aina setup team name "Double Cikaboom"!!!!Awesome an??


This is my team...from left wati, kak seri, Dini, Moii and Syaiful....(Kak Seri not my team)Ihiks...

So, the tournament start pkol 9.00am until 12.00 noon....3 games..and rase nk tercabut je tgn ni...Tgok team kiri and kanan...mmg gempak giler...adoyai..mmg tergugat ase....ihiks...but yang penting kami enjoy....

Watie is our group maskot...ihiks...jgn mara watie...t kne jual~~

Kami mmg memakai pashmina yang sama....ihiks..sponsor by ainalista.com


Dini, yang sentiasa bersedia ketika membuat balingan....smile gurlz.....

Milik siapakah kaki ini??ihiks.....Moi la....

kami mmg sedikit hampa...tp kami ENJOY!!!!

Acara x abis lg kami da blik..ihiks...pewot pon da lapa...x menang an??so, apelagi balik la...cover malu...xpe2. tahun depan panjng umur kite cube lg k geng!!!i love u all...hug...hug...

So, sape2 yng ase diri tu terror...boleh roger aina k...nk minta petua sikit...ilmu ni x baik kedekut...ihiks....


*****MMMMUUUUAAAHHHHH*****



Wednesday, 11 July 2012

DENIAL

Salam Sejahtera........ihiks...ihiks....


Soalan penting minggu ini adalah… “Adakah anda menipu diri anda sendiri dan hidup dalam penafian?”

Hidup dalam penafian – Bermaksud apabila kita benar-benar cinta dan sayang pasangan kita sekian lama tetapi setiap kali itu juga kita yang memberi alasan untuk dia, dengan MENAFIKAN kecurangan, penipuan serta kejahatannya selama ini.

It’s livin’ in denial – Something yang tanpa disedari, ramai melakukannya apabila kita benar-benar cintakan seseorang…dan HANYA kerana cinta,  kita ‘backing’ atau siap tolong ‘cover’ lagi untuk dia pulak, adoi ...

·          So, adakah anda seumpama itu? Adakah anda suka menafikan untuk pasangan anda? Adakah anda suka memberi alasan untuk dia dan tidak mahu menerima yang pasangan anda itu PENUH TIPU DAYA?

Cuba lihat 10 tanda-tanda ini, dan tanya diri anda sendiri… Are you IN DENIAL?
1.  Apabila anda sedar pasangan anda sudah tidak cinta, anda kata “Tak mungkin, takkan dia dah tak cinta aku lagi sedangkan BERTAHUN kita bersusah payah untuk bersama sebelum ni!”

2.  Anda rasa pelik sangat sebab pasangan anda asyik tak nak jumpa anda walaupun anda tahu dia ada banyak masa terluang. Lalu anda kata, “Dia busy tu, nak fokus pada kerjaya dia sebab tu lah dia tak ada masa untuk jumpa”

3.  Anda confused, sekejap dia muncul buat anda happy sangat, sekejap dia hilang entah kemana. Kemudian dia muncul balik memberi segala harapan. Dalam hati anda tertanya-tanya, “Dia ni dah kahwin kut? Ishhh tak mungkin…dia sayang aku sangat dan SELALU bersama aku!” – hehehe… selalu bersama?

 4.  Anda bingung dengan perubahan mendadak pasangan anda apabila dia mendiam diri lama, sehingga berhari-hari. Langsung no calls and no sms. Lalu anda kata, “Handphone dia hilang atau kena curi la kut, atau tak ada kredit atau pun handphone dia tak ada bateri.”  – hehe.

 5.  Apabila kawan-kawan anda kata dia curang, dan anda sendiri merasa sudah kurang mesra, lalu anda kata, “Selama ni dia setia je, takkan dia curang, kalau dia nak buat dah lama la dia buat. Dia masih setia pada saya lah!”

 6.  Pukul 2-3 am, anda rindu boyfriend anda dan hubungi dia, ada wanita lain yang jawab. Anda terus stop the call kerana terkejut dan call him sekali lagi. The same girl answered! Terus anda off the phone dan berkata, “Perempuan mana pulak jawab ni? Mungkin kawan kerja dia, atau sekretari dia kut. Ahh…kakak dia la kut! – Maybe salah nombor aku call tadi” – hahaha definitely in denial for sure!

7.  Anda rasa sangat perkahwinan anda hambar. Malah anda jarang tidur bersama dan merasa pasangan anda sudah tawar hati. Keluarga menegur dan bertanya lalu anda menjawab, “Kami macam biasa lagi la mak, abah.. kami baik-baik saja dan masih mesra seperti dulu. Cuma dia banyak kerja nak kena siapkan je”

 8.  Anda dalam perhubungan jarak jauh. Anda dapat rasa dia banyak sembunyikan perkara dari anda. Setiap hari anda rasa semakin jauh dari dia, dia pula semakin tak ada masa, tak mesra, tapi anda keep telling youself, “Dia masih cintakan aku…”
 9.  Kekasih anda sangat rapat dengan kawan-kawannya. Apabila anda berpeluang bertemu mereka, anda bercerita tentang semua kebaikan pasangan anda, semua tersenyum macam buat-buat, seolah-olah mereka tahu sebaliknya. Lalu anda berfikir,“Ahhh dia orang tu tahu apa, aku lagi tahu yang kekasih aku the best!”

 10.             Anda sendiri pernah cekup boyfriend anda berlaku curang berkali-kali. Anda maafkan dia kerana dia berjanji untuk tidak lakukan lagi. Then kawan-kawan anda pula cekup dia bersama perempuan lain, again dia memohon maaf. Anda maafkan dia sekali lagi, dengan alasan sama,  “Dia  janji tak buat lagi dan menyesal… takkan dia nak buat lagi lepas ni, walau berapa kali pun dia ada betina lain dia nak kat aku jugak!” …really? I mean, really?


YOU’RE DEFINITELY IN DENIAL  …you sedar dan tahu you ditipu dan diperdaya tetapi you pula tak nak terima, malah menipu diri sendiri pula. ADOI!…beb, if you berada dalam salah satu situasi ini – 10 tanda-tanda ini, for sure you hidup dalam penafian yang amat kritikal!
YES…kita kena fikir positif, fikir there’s a light at the end of the tunnel…tetapi kalau dah terang-terang nampak tu, janganlah BUTAKAN MATA pulak hehe …jangan hidup dalam penafian atau livin’ in denial, hanya kerana sayang, hanya kerana cinta, kerana nanti you juga yang akan rugi dan at LOST!

Anda fikir dengan memberi alasan untuk dia dan cover keburukan dia, tutup jahat dia, ianya akan memanjangkan perhubungan anda dan mengekalkan percintaan itu? Nooo…sebaliknya, anda hanya memanjangkan lagi kesengsaraan anda. Kerana you yang hidup menderita kerana you tahu dia hanya penipu besar, ‘full of crap!”
·          I faham… kita sebagai kekasih/ suami/ isteri pastinya akan menyembunyi keburukannya dari orang, takkan kita nak pergi heboh kat kawan-kawan, kat sedara mara, tak baiklah kan.
 ·          Amat tidak elok jika kita ceritakan semua perkara yang tak baik, yang buruk tentang pasangan kita kat masyarakat atau keluarga kita sendiri kan… Lagi pun berdosa membuka pekung di dada, atau menghebohkan perihal keburukan pasangan kita sendiri… BUT, …it’s BIG BUT,
 ·          Kita seharusnya peka, dengar dulu,  atau prihatin dengan cerita atau berita tentang pasangan kita tu dan SELIDIKI secara menyeluruh samada ianya benar atau tidak. JANGAN kita terus saja menolak dan MENAFIKAN 100%  just because you’re in love – BE CURIOUS!  …


Dengan artikel ini, semua akan sedar dan mengambil actions untuk berubah menjadi orang yang menghargai diri sendiri dan menyayangi masa depan serta menghormati maruah keluarga. You don’t have to be afraid to get out of the relationship…because it’s your life, your future….
Most of us selalu dengar quote ni kan, “Better to be single but happy than married but miserable!” …so wake up guys/gals and choose your destiny wisely, today!

p/s: artikel ini adalah copy and paste dr email y kwn2 sya share...kepada penulis...saya hanya berkongsi tips ini...TQ

Tuesday, 10 July 2012

Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!!!


Tahun 2012 ni mmg musim org membina masjid!!!mean kahwin...wah best nyer...tak terkecuali kawan-kawan seperjuangan aina...selamat melayari alam rumah tangga kawan2...Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat....



i really like both of them...very sweet couple!!!

Last weekend, aina pg jln2 ke putrajaya...so, saje singgah dekat tasik cruise putrajaya...very nice place k...n then ramai jgk artis yang kahwin dekat cruise ni....


Ini la antarenyer yang kahwin kat Cruise Putrajaya ni...meriah an??tu bagi mereka yang berkemampuan la kan...biarlah bersederhana, janji perkahwinan kita diberkati and kekal keakhir hayat!!!Amin....

Cruise Putrajaya ni mmg cantik...bukan utk kahwin je..tok jln2 or mkn2 je pon ok...tp mam biasala, nk naek bnde ni mesti kene byr an??ihiks...ihiks...nk lagi best pergila waktu mlm...mmg awesome la view dye....

Inila view dye...mmg cantik....emmm ase best je an??klu la blh wat umah tepi ni....

Pintu masuk dye pon cantik an??lighting dye mmg sesuai tok snap pic....

Sape rase2 teringin nak naik cruise bolehla datang kesini k...amik la byk2 pic dlm ni...teringat plak cruise dlm cerita pisau cukur tu...pas tgok cite tu aina mmg teringin nk naek...so, Alhamdulillah dapat jugak naik...


Rate dye xla mahal sampai ratus2 ringgit...boleh click sini tok review rate Product Rate Cruise Putrajaya ...Klu pakej makanan pon ade rate dye...boleh click sini Public Buffet.


Kat sini aina bg details pasal Cruise Tasik Putrajaya ni...senang la korang nk plan an?nk dtg bile?pukul berapa? Tutup bile?...nk booking pon boleh...ok boleh rujuk contact number di bawah yer....

Monday - Thursday
10.00am-6.00pm
------------------------
Friday - Saturday
10.00am-8.00pm
------------------------
Sunday
10.00am-7.00pm
---------------------------
Email: sales@cruisetasikputrajaya.com
Facebook: cruisetasikputrajaya
Phone: (603) 8888 5539
Fax: (603) 8888 3769

Peta cane nk pg Cruise Tasik Putrajaya...

Ok then, byk tempat menarik dalam Malaysia ni..cume xtaw je ktne an?? masing2 sibuk nk pg luar negare...Ihiks...So, ape lg...blh la booking sekarang an...Yihaa.....


MMMuuuaaaaHHH....MMMuuuuaaaaHHHH