Jom Buat Duit!!!!

Tuesday, 30 September 2014

Wedding Photo's Ashraf & Nuraina ~ Resepsi Lelaki ( 15 March 2014 )

Salam Sayang Semua..

Semalam dah share , wedding photos sebelah Aina kan?? ni link : Wedding Photo's Ashraf & Nuraina ~ Akad Nikah & Resepsi Perempuan .. So hari ni giliran sebelah lelaki pulak.. Kalau tak nanti Cocos kate Aina tak adil.. Hahahha... 

Jom saksikan!! Amboi.. Ingat gambar kahwin ko ni tayangan hebat yang di tunggu2 ke Aina oiiii!!! Hahaha...

Resepsi Lelaki ( 15 March 2014 ) -Dewan Seri Endon, Putrajaya














Alhamdulillah atas kurniaan mu Ya Allah.. Semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia sehingga ke Syurga!! Amin...

ASHRAF & NURAINA | WEDDING PHOTO
PHOTOGRAPHER : NAKHODA PUJANGGA 


Monday, 29 September 2014

Wedding Photo's Ashraf & Nuraina ~ Akad Nikah ( 7 March 2014 ) & Resepsi Perempuan ( 8 March 2014)

Salam Sayang..

Hari ni ter....Rajin nak share gambar kahwin..hee Even dah 6 bulan lebih kawen..huhu.. Alhamdulillah dah juga Allah S.W.T bagi rezeki hamil 4 bulan.. Diam2 dah genap 4 bulan kandungan..Syukur...

Entry haritu dah share Video kahwin, ni link : Wedding Film - Ashraf & Nuraina ... So, today nak share gambar kahwin pulak.. Entry kali ni gambar masa majlis sebelah Aina dulu k.. Next entry sebelah Cocos pulaaaa...heeee... Jom tengok!!!!!

Akad Nikah ( 7 March 2014 ) - Sekinchan Selangor








Resepsi Perempuan ( 8 March 2014 ) - Sekinchan Selangor











ASHRAF & NURAINA | WEDDING PHOTO
PHOTOGRAPHER : NAKHODA PUJANGGA 

Friday, 26 September 2014

Resepi Ayam panggang ~ Roasted Chicken

Salam Sayang..

Seperti anda semua maklum.. Aina skrg mmg suka masak n bake.. So, today nak share satu resepi yang simple, sihat dan sedap untuk di cuba.. Menyesal sgt tak cuba.. Ceewaahhh!!! macamla esklusif sgt resepi ko ni Cik Aina oiii...

Si Cocos ni dah start nak berdiet2.. Semenjak kawan2 die tegur "he is so buncit"... Amboi!! Kawan tego terus nak diet.. Isteri hari2 tegur buat donno je.. Hahaha..

So, Today nak share resepi Roasted Chicken atau Ayam Panggang.. Heee.. Menu ni sgt sihat ye.. Tade minyak sebab we will bake dekat oven.. Ini salah satu menu diet Cocos.. Jom tengok resepi:

Bahan2: 

Ayam Sebelah
Ubi Kentang
Lobak
Sayur Salad / apa2 sayur

Bahan Marinade:

Black Pepper
White Pepper
Peri-Peri Marinade 
Maggi Seasoning
Kicap Manis
Herbal Mix
Oregano

Ni la rempah2 yang aina pakai

Cara:

1) Bersihkan ayam tadi.. If nak buang kulit ayam tu pun boleh.
2) Letak ayam dalam bekas, lepastu start letak some bahan2 marinade td.. Lumur2 kan ayam tu mcm buat rawatan spa..heee.. marinade sekali kentang & carrot.

Marinade dengan kentang2 sekali

3) Letak dlm plastik bersih or bekas yang bertutup... Biarkan dalam 30 minit.. Letak dlm peti.
4) Lepas setengah jam, Masokkan dlm bekas untuk dimasak dlm oven. Bakar suhu 220 darjah celcius.. Selama 40 ke 45 minit.. tgok la besa mana ayam.. Mcm ayam Aina ni 40 minit

Letak dlm bekas camni.. heeee

5) haaa lepas 40 minit siap.. Dlm pic termasok sekali makanan aina harini.. Ketam n sayo.. U olls just fokus dekat ayam yang dah masak tu je k.. Wahh!!! sgt2 sedap!!

Yummmy!!!!

Ok semua.. Selamat Mencuba yaaa!!!!


Sunday, 21 September 2014

Ashraf & Nuraina - Wedding Film

Salam Sayang..

Entry harini.. Bukan pasal resepi..hee.. Akhirnya Aina sempat jugak upload video kahwin ni.. Tak berkesempatan nak share..

So, today ade masa free sikit.. Aina share dengan korang ye.. Video ni combine Nikah ( 7 Mac 2014), Resepsi Perempuan ( 8 Mac 2014 ) & Resepsi Lelaki ( 15 Mac 2014 ).

Jom saksikan:





ASHRAF & NURAINA | WEDDING FILM
VIDEOGRAPHER : FAREEZ NAZLAN | FAIZ SUBRI
EDITOR : ABQARI AYOB 

LAGU VIDEO KAHWIN : BINTANG HATIKU


Aina dan Cocos sangat puas hati dekat Photographer & Video.. Dorang sgt2 Profesional dan Kreatif..
Korang boleh tgok hasil kerja dorang dekat Youtube.. Search je "Nakhoda Pujangga".

Kepada bakal-bakal pengantin yang masih tercari2 for wedding video.. Nakhoda Pujangga is Highly Recommended!!! Servis and Mutu semua aina bagi 5 bintang!!! Full.. Heeee

Next Entry Aina akan share pictures plak ye.. Entry ni for video je.. Heee...

Resepi Pizza

Salam Sayang..

Seperti yang aina inform dekat entry lepas.. Semangat memasak Aina semakin menjadi2.. Lagi2 lepas baik morning sickness ni.. Rasa bersemangat sekali.. heee..

Ok today aina nak share satu resepi yang family Aina suke.. First time buat Pizza ni.. Terus suami kata sedap.. Thanks to Kak Fillanie.. Aina dapat resepi ni dari blog die.. Sangat simple tapi sedap.. Jom tengok resepi:

Bahan-Bahannya: 

Bahan Doh :-

Mauripan ( Yis Segera ) - 1 Peket
Tepung Gandum - 4 Cawan
Garam - 1 Sudu Kecil
Olive Oil 

Bahan Topping:

Cheese Mozarella / Cheese for Pizza
Beef Pepperoni
Sosej Ayam
Prego ( Traditional )
Nanas Kiub ( Dlm Tin)
Bawang Besar ( Hiris dadu)

** Topping ikot citarasa masing2.. Topping aina ni untuk 2 jenis Pizza...

Cara-Cara Masak:

1) Ambil I cawan 1/2 air suam - Bancuh satu peket yis dan sesudu gula.. Kacau sampai sebati..

Aina pakai yis jenis ni..
2) lepastu amik la bekas/Besen- Masukkan tepung gandum , Letak satu sudu olive oil and tuang semua yis td.. Gaul sampai sebati... Nanti doh akan jadi melekit sikit.. So, taburkan tepung gandum sikit2 bagi adunan cantik.

3) Amik mangkuk besar - untuk letak doh tadi.. Sapukan mangkuk dengan olive oil and keliling doh tadi.. Tutup doh dengan kain lembap dan biarkan selama 30 minit.

4) Selepas 30 minit, doh kan naik gebu ye.. Tumbuk2 or picit2 bagi kempis.. Uli2 sikit bagi keluar angin die.. Divide 2 bahagian ( Adunan ni akan jadi 2 Pizza )...

5) Lenyekkan pakai roller or tangan pun boleh.. Letak elok2 atas pizza pan... Lepastu letak prego before letak bahan2 topping..

Lenyek ke dekat pan pizza ni.. Lepastu aina letak Prego...
Pizza pan ni ade jual dekat kedai kek or hypermarket mcm tesco and AEON Big.. Yang ni Aina beli dekat Aeon Big.. Harga 29.90.. Tgh2 pan ni ade lubang2.. Nanti next picture Aina tunjuk jelas pic pan pizza ni ye..

Ni la Prego Traditional Aina pakai.. Korang nak guna jenis lain pun boleh.
6) First pizza, Aina buat Beef Pepperoni.. So, lepas letak prego.. Letak Beef Pepperoni ( Letak la ikot suke korang.. Banyak ke sikit ke)... Then letak la pulak Cheese.. Aina ni hantu cheese.. So mmg campak banyak2!!! Heeee...

Satu pizza, Aina pakai semua ni.. Susun elok2...
Aina pakai kedue2 jenis cheese ni.. Letak je campur2...

Tada.. Siap dah.. Tinggal nak bakar je...
7) Bakar dalam suhu 220c , Tempoh masa 15 ke 20 minit... Oven jangan lupe panas kan siap2 taw..

Yay!!! Pizza First dah Siap!!! Sedap makan panas2 ni..
Senang je kan buat pizza ni.. So lepas ni buat je dekat rumah,, lagi puas.. Pizza kedua aina buat ala2 Hawaian Chicken.. But aina ganti dengan sosej ayam je.. Sebab baru perasan stock ayam hancur dah habis dalam peti..

Second pizza.. Aina letak nanas kiub, Sosej ayam, hirisan bawang dan seperti biasa cheese banyak2..
And Prego tak lupe ye..

Ni second pizza.. Haa.. nampak tak Pizza Pan ni.. Ade lubang2 dekat tgh2.. hee
Kiub nanas - Aina tabur je buat topping

Before end this entry.. Nak share bahan2 n topping For due pizza ni.. Hee.. 


Nanti if ade resepi lain.. Aina share k.. Selamat Mencuba.... :)

Saturday, 20 September 2014

Resepi Marble Kek Sedap Dan Mudah

Salam Sayang...

Semenjak dua menjak ni.. Semangat memasak semakin menjadi2.. heee.. Macam2 bende nak try.. Dan Alhamdulillah, semuanya menjadi & sedap ( org yang makan la ckp kan )... heeee..

So today, Aina nak share satu resepi yang sgt simple and sedap... Bahan2 pun senang nak dapat.. Marble kek yaw..

Punca nak bake adalah kerana pada suatu hari, Aina ada beli 1 slice marble kek ni dekat Bread Talk.. Makan2 rupanya2 xcukup..  Dtg balik nak beli lagi tapi habissssss.... Aduh lah, kempunan ibu mengandung ni.. Dah jom tgok resepi.... Asik membebel jewwwwww....

RESEPI KEK MARBLE

Bahan-Bahannya:

250g Butter atau Marjerin ( Aina prefer guna butter )
150g Gula Pasir
250g Tepung Naik Sendiri
4 Biji Telur
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
1/2 cwn Susu Pekat Manis
I Sudu Serbuk Koko

Cara-Cara:

1) Pukul butter dan gula sampai kembang ( Senang kate sampai gula tu sebati dgn butter ).

Pakai semua.. Satu pek ni mmg dah cukup 250g

2) Kemudian, masukkkan tepung sedikit demi sedikit & Tuang esen vanilla then susu.. Lepastu pukul sampai sebati..

Tepung naik sendri Aina mmg suke brand Blue Key

Susu pekat byk brand.. Ape2 pun blh pakai...
3)Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian. Satu bahagian just maintain and satu lagi masukkan serbuk koko..

Jenama ni sedap,, Terasa koko aslinya.. Cewwwaaahh
4) Lepas tu letakkan adunan ke dalam loyang/bekas.. Berselang seli yaa..Bg nmpak corak nya.. ( Ikot kretiviti).

5) Bakar di dalam oven selama 45 - 45 mnt dengan suhu 170 - 180 darjah celcius.

SIAP!!!!

Jeng Jeng Jeng.. Siap.. Wah mkn pns2 mmg sedap!!!!


Haa.. Ni bila dah potong!!! Yummeh..
Haa.. senang kan resepi ni.. Blh la try utk family di hujung minggu.. Aina bake ni untuk minum petang.. Sgt cepat, mudah dan yang penting sedap,,

Lepas ni xpyh nak pergi beli lagi,, Buat sendri lagi puas makan kan??

Selamat mencuba!!!!!

Monday, 15 September 2014

Diary Of My First Pregnancy ~ Morning Sickness - Alahan Semasa Mengandung

Salam Sayang..
Tengok tajuk pun dah tahu kan entry kali ni nak cerita pasal apa?? Yezza.. MORNING SICKNESS.. ianya adalah sejenis penyakit ye kawan2.. Penyakit bagi ibu2 hamil.. Kebanyakkannya ibu2 hamil akan megalaminya.. Tapi tak semua.. Aina adalah insan terpilih untuk mengalaminya..

Sangat2 menduga ye kawan2 waktu mcmni.. Sokongan family terutama suami sgt di perlukan.. Kadang2 blh jadi down.. Tapi aina kuatkan diri dan redho.. Sebab semua ni diberi ganjaran pahala InshaAllah..

Aina start teruk morning sickness masa kehamilan 6 weeks.. Aina ingat demam biasa yang akan baik dalam masa 2,3 hari.. But NO!! ianya berterusan sehingga sekarang.. sekarang ni hampir mencecah 14 minggu.. Sobs.. Sobs,, Nak lap air mate kejap.. 

Nampak sgt muka pucat.. Heee.. Masa ni kandungan 11 minggu.. 

Jom tengok apa yang aina alami :-

1) Pening2 kepala.. Bukan rasa pening yang mcm selalu kene tu.. Pening kali ni mmg memeningkan.. pening la ayat ko ni aina.. hahaha ( emm byk nyer perkataan PENING).

2) Selera makan yang sgt2 kurang.. Even letak la depan mata makanan favorite pun.. mmg xkan makan la.. if makan pun, tak sampai 10 mnt akan muntah balik. 

3) Muntah2. Kekadang ikut suke je nak muntah. Tak kire tempat dan masa. If terasa nak muntah, aina akan cepat2 cari tempat nak membuang. Then, sekarang ni, if pergi mana2 dah siap2 bawak plastik kosong. Senang nanti if nak termuntah. Aina akan muntah bila terasa pening sgt2, loya if tersalah makan or terbau something yang kurang menyenangkan. 

Muntah ni sgt penat ye kawan2. Rasa tak tertanggung dah kadang2.. If makan pedas lagi la padah.. hee.. Makan pedas then bila muntah, tekak hidung semua rasa panas dan sakit. Waktu wajib aina akan muntah ialah fter bangun pagi and slps gosok gigi.

4) Asyik nak tidur je. Bukan nya aina malas, tapi if pejam mata or tidur, aina rasa lebih relax dan kurang pening. 

5) Berdiri lama rasa nak pitam. Yang ni pon tak best. If banyak jalan or berdiri lama sikit, kepala dah start sakit and nak pitam. Nak shopping or window shopping pun tak boleh sgt dah sekarang. hee.. sedihhhh.. Sobs... Sobs..

6) Tak boleh makan daging/Ayam . Yang ni mmg paling rugi.. Hee.. kdg2 Cocos akan paksa jgk makan even pastu muntah. Sebab pregnant ni kene ade protein yang cukup. Kena la fikir untuk baby jgk kan??

7) Banyak lagi.. Tak blh nak sebut satu2.. heee.. Tapi yang kt atas ni mmg paling kerap jadi dekat Aina la semasa hamil skrg.

Bila dah mcmtu, mcm2 aina buat untuk hilangkan alahan2 di atas. Ye lah, aina ni kerja.. so, tak bolehla ikutkan sgt.. 

Jom tengok apa yang aina buat :-

1) Bila rasa pening je, aina cepat2 pejam mata bagi relaks sekejap. Minum air masak banyak2 and sedut sikit minyak angin. Minyak angin / Kapak jgn la hidu byk2, tak baik ye.. Sedut sikit2 bg hilang pening je.

2) Bab nak tambah selera. Aina akan makanan yang kering2 je dulu. Macam ikan grg, nasi dan sayo. Kurangkan makanan yang ade rempah2 tu.. Then aina lebih byk makan buah-buahan. Makan buah byk2 pon tape,aina takkan muntah. 

3) If muntah2, aina akan kerapkan gosok gigi selepas makan. Sebab sisa mknn lama yang dlm mulut tu yang buat aina rasa loya. Then minum air masak. Bende wajib kene bawak ialah biskut JACOBS & coklat, bnde2 ni wajib ade dlm beg.. If rasa loya terus kunyah biskut.. Heee

Then yang lagi penting!!! Before gosok gigi pagi, aina akan makan biskut kering dlu..Alhamdulillah, after aina amalkan, kurang sikit muntah pagi2. Kpd yang xsuke biskut, boleh ganti dengan kurma.

4) If hari cuti, masa ni la aina byk tidur. So, sebab xnk manjakan sgt dri.. Aina kerapkan mandi dan buat aktiviti yang best. If penat tidur la sekejap. Tapi tak terlalu lama.

5) Pasal pitam plak, mmg xdapat nak elak. So, skrg aina terhadkan pergerakkan. Aina akan ddk sekejap if pergi jalan2 pun. perkara ni mmg biasa ya bagi ibu2 hamil. Lagi2 awal2 kehamilan.

Apepun ikot kretiviti dan kesuaian badan anda ya. Lain org lain ragamnya. Kena byk membaca dan cari isi2 dalam internet. If ada cara yang sesuai, boleh la ikut... heee..

Aina harap masuk bulan ke 4, semuanya ok2 shj. Tak nak dah MORNING SICKNESS ni.. Tapi Alhamdulillah aina dapat rasa nikmat mengandung ni...Pengalaman kan? Bukan semua org melaluinya.