Jom Buat Duit!!!!

Saturday, 7 February 2015

Diary Of My First Pregnancy ~ Makanan Yang Naikkan HB ( Hemoglobin )

Salam Sayang..

Entry semalam Aina ade share experience HB rendah ketika hamil kan?? So, today nak share ape yang Aina consume/Makan utk naikkan balik HB..

If u olls search dekat internet, mmg byk info akan u olls dapat.. But entry kali ni Aina just nak share apa yang yang Aina amalkan. Aina mmg xblh telan langsung ubat klinik ya.. Makan mesti muntah.. Ok jom tgok ape bende la y Aina makan ya.. heeee

1) Iberet Folic

Doctor recommended this one.. Better la if amik obimin or etc ubat klinik.. Ini kuat sikit katanya.. Makan sehari satu bijik je.. Dalam satu kapsul tu ade Vitamin C, B complex & Acid folic.. Mmg lengkap..

Aina pun beli la.. Ade dekat Farmasi ya bnde ni.. Senang je cari,, Harga mampu beli... heee.. Tapi masalah start terjadi bila Aina start makan for the first time. Satu hari muntah2, badan lembik & xleh bangun langsung.. If bangun loya then muntah. Sampai Aina dehydrated. Bahaya2.. 

But depends ya, Ade jgk org yang consume ni sesuai.. dan serasi dgn bdn dorg.. But Aina NO..NO.. Even try for the second time pun xleh jgk.. Try mkn dgn jus oren pun x jalan.. So, mmg xsesuai..



2)Spirulina, Vitamin C & Minyak Ikan

So, Aina pun try second alernative. Aina nak try mkn yang semulajadi. Try Supplement Spirulina. but u olls kene hati2 ya cari spirulina ni.. Ade sstghnya yang mengandungi gula. Aina try ELKEN product. Alhamdulillah, Pas seminggu konsisten makan, HB naik and still maintain sampai skrg.. 

Kiranya macam vitamin lengkap la.. Boleh u olls xnk makan pil2 ni, but sanggup ke nak makan berpinggan2 sayur bayam & sayur hijau.. Heee.. Aina still jgk makan sayur2ran tu semua, but ambil Spirulina ni sebagai tambahan.

Disebabkan Aina dah 3rd trimester, Aina ambil byk sikit Spirulina ni, 25 biji pagi before breakfast & 25 biji malam before tidur. Yang penting kena usaha & kensisten ya makan ni.

Then sebagai tambahan lain, Aina ambil Ester C ( Vit C ) & EPA DHA ( Minyak Ikan ). Ester C utk tenaga & kulit. Minyak ikan untuk perkembangan otak janin.



3)Saferon Folic

Nak bersalin ni mmg kena make sure kandungan zat/iron dlm bdn ckup, then Doc suggest plak Saferon Folic disebabkan Aina mmg xserasi dengan Iberet Folic. Saferon ni Aina makan Alhamdulillah ok.. Ambil after makan. Sebijik je tapi rase coklat.. Yummy.. heeee..

Jugak ade jual dekat farmasi ya kawan2.. Harga pun mampu milik.. :)


4)Kurma & Delima

Makanan sunnah adalah yang terbaik sekali. Kurma pulak mmg hari2 aina makan. 3 bijik pagi & 3 bijik malam. If bosan makan mcmtu, kadang2 Aina blend campur susu HL & madu sikit.. Mmg yummy!!!

Delima ssh nak dapat yang buah original, so Aina beli yang pati delima tu je.. Bancuh dlm air sejuk & minum.. Masam skit, tp sedap,,heeee...

5)Bayam & Brocoli

Aina mmg suke sayur.. Selain supplement kt ats yang Aina ambil.. Aina makan jgk yang fresh2 ni.. Nasi Aina kurangkan sikit.. Sayur mmg makan lebih ya..

Sayur ni aina just grg sekejap dgn minyak zaitun & bawang putih.. xde campur garam or serbuk perasa lain.. Itu pun dah sedap ya..


5)Buah-buahan

Buah-buahan pun penting ya untuk ibu hamil.. Antara buah yang Aina selalu makan ialah :

"tembikai, Air kelapa muda ( 3rd Trimester ), Anggur hitam, buah oren sanguick" 

Setakat ini itulah yang Aina amalkan untuk maintain HB...Sekarang pun Aina dah masuk 35 minggu hamil. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.....



Friday, 6 February 2015

Diary Of My First Pregnancy ~ HB ( Hemoglobin ) Rendah Ketika Hamil

Salam Sayang.. :)

Lama rasanya tinggalkan blog ni.. hormom pregnancy kot.. sekejap rajin, sekejap malas.. Tapi yang banyak malas la.. heeee...

Al maklumla, dah masuk trismeter ketiga ni, badan tak secergas dlu.. Jalan sikit penat, buat tu sikit semput.. macam2..

Berbalik kepada tajuk di atas, Aina nak share skit berkenaan HB rendah ketika hamil.. Dan ya!!! saya tergolong di dalam masalah ini.. HB start rendah bila masuk trismeter ketiga.. Before check up mmg ade rasa kelainan sikit kt badan.. Emmm.. risau sangat masa tu.. Jom aina share skit pengalaman dari HB ok ke HB rendah semasa aina pregnant ni..

First Trimester

First check up 7 week++.. HB : 12.5 , Urine & BP semua ok & normal.. Just berat kurang.. Kurus sgt masa ni.. Makan pun xlalu.. Asik muntah je.. Berat 41.5 kg.. heee.. Masa ni rase bangga giler, sebab nurse puji HB bagus.. Kembang kempis je hidung yang mmg dah kembang ni.. 

Masuk minggu ke 12 hamil iaitu 3 bulan, HB maintain cantik.. Naik pulak 12.7.. Tambah kembang la mak minah ni.. nurse asik puji je.. even morning sickness yang agak teruk.. Aina still maintain HB,, Berat pun dah ok naik 43.5 kg.. urine & BP pun normal.. Alhamdulillah.. Syukur.. 

Kesimpulannya, masa trimester pertama baik2 shj just ada masalah morning sickness yang teruk je.. but still under control.

Second Trimester

Welcome 2nd Trimester.. amboi ko Aina.. hahaha.. HB masa 19 weeks ( nak masuk 5 bulan ), HB 11.5.. Turun sikit but still ok dan normal.. Berat badan je tetiba nurse cakap terlebih 49 kg.. alamak.. berat btol tu.. heee.. BP semua ok2 je.. Masa ni morning sickness dah bye2,, tu berselera luar biasa.. makan tak ingat alam semesta,, Selagi muat perut ni, selagi tu la sumbat apa yang patut... heee.. ( Jgn tiru amalan ni, sgt2 tidak sihat ya ).

Tapi panas tidak berpanjangan.. tiba2 hujan di akhirnya ( cewah.. ingat novel ke Aina ).. heee.. Maybe disebabkan bangga yang teramat, Allah tunjuk dekat Aina padahnya.. HB rendah & turun mendadak di akhir trimester kedue ni.. Sedih tak terkata.. Dr kena puji dgn doc & nurse, skrg kena bebel pulak.. Emm, nasibla,,, tadah je la telinga ni dgr bebelan...

Minggu ke 24 kehamilan, HB 9.3, berat 53.5kg, tapi alhamdulillah BP & urine still normal.. Masa ni minum air gula & result pun ok.. Tade kencing manis.. Masa ni Aina diberi penerangan kesan2 HB rendah/Anemia ketika hamil.. Terus tergamam.. takut,, sebak.. pgg perut sambil usap2.. sedih la jgk,, risiko byk kot HB rendah ni.. Lagi2 nak msok 3rd Trimester ni..

Jom Aina share kesan HB low / anemia ketika Hamil ni :

** Kepada Ibu :
1) Keguguran
2) Bersalin Awal
3) Kematian Janin Dlm Kandungan ( yang ni pling Aina risaukan )
4) Tumpah darah selepas bersalin

** Kepada Janin
1) Kurang berat ketika lahir ( kurang 2.5 kg )
2) Lahir tak cukup bulan
3) Lemas semasa lahir
4) Pertumbuhan bayi terbantut

Third Trimester

Minggu ke 26, HB still rendah, 10.00.. Risau sgt.. Ubat dah makan, makanan pun jage la jgk.. hee.. berat pulak extra 56kg.. Masa ni dah binggung nak buat ape.. selalu if check up semangat, skrg rasa malas je.. emmm..

Masa tu Aina tekad nak disiplinkan diri demi anak tercinta dlm perut ni.. Aina makan ubat & Makanan yang seimbang & boleh naikkan HB..

Berjam2 menghadap internet, cari petue2 & cara2 nak naikkan HB.. walaupun dah dapat consult dr doctor, tapi tak salah kan nak cari info tambahan.. Alhamdulillah, next check up HB naik balik 11.4 sehinggalah sekarang.. Syukur Ya Allah.. 

Now Aina dah 34 minggu.. Alhamdulillah.. Semoga dipelihara Allah S.W.T

Nak tahu ke apa yang Aina makan & buat untuk naikkan HB balik ?? Next entry ya.. entry ni macam dah panjang sgt.. Pening t korang nak baca.. sape2 nak share pengalaman, blh komen ya.. TQ






Wednesday, 4 February 2015

Diary Of My First Pregnancy ~ Scan Baby #SR - 7 Bulan

Salam Sayang..

Today excited sgt nak g check up baby dekat KPMC ( Kajang Plaza Medical Centre) . Setiap kali appointment mesti excited, but xla excited mcm harini.. Sebab today nak scan tgok muka baby.. Sebab last month doctor beritahu, 7 bulan dah boleh tgok clear muka baby..

Dari pagi muka senyum je.. Rasa bersemangat harini nak pergi kerja.. So, nak dipendekkan cerita.. Tepat pkul 8 malam dah sampai KPMC& ambil no mcm biasa..

Then Doc Anita Rina akan scan mcm biasa.. Air ketuban, size baby, kepala and semuala.. Then bila die ckp kedudukan baby tgh cantik & nmpk muka.. Trus rasa happy.. 

Besar sungguh kuasa Allah S.W.T.. Doc pun tunjuk la muka baby.. Rasa nak mengalir air mata.. Meh ni die muka my baby.. 


Tembamnya muka baby Mommy ni.. Semoga sentiasa sihat dlm kandungan ya sayang.. Mommy tak sabar nak tunggu baby keluar..

Aina harap semua dapat mendoakan kemudahan & keselamatan Aina & Baby ya semua...