Jom Buat Duit!!!!

Tuesday, 25 August 2015

Grease Cheese Steak

Assalamualaikum..

Amboi lama rasanya tak update pasal tempat makan. Semenjak dah ade seketul Sofea ni, tak dan dah nak snap picture. Sebab.... kebanyakan masa makan sambil pegang dia.. hee..

So, today nak share dengan korang salah satu tempat makan yang hipster ni. Banyak lagi kedai hipster area Shah Alam ni, Grease adalah salah satu daripadanya.

Speciality Grease is more to western food and pasta. Ada jugak burger dan lain2. Hihi.. Aku memang recommended la tempat ni. Dalam kedai die pun hipster habis. Hahaha.. 

Signboard die pun dah nampak hipster belum dalam die lagi. Buat orang tak sabar nak tengok apa yang berada di dalam.

Salah satu bahagian dalaman yang unik. Berada di satu sudut dalam kedai ni. Oh ya, ini model tak berbayar ya. Walaubagaimana pun, gambar ni nampak cantik dengan kehadiran model ni.. cewaaahhh...

Close up sikit.. Oh.. Tetiba teringat zaman kanak2 dulu suka tgok cerita "Ghostbusters".. Terimbau kenangan sekejap.

Ini bukan gambar spontan aku ye, sebab aku tahu kawan aku nak tangkap gambar belakang ni. Dan semestinya aku lah yang suruh. Tapi entiti blur dekat belakang tu spontan ya. Hai la kawan, rosak la gambar ni sebab entiti blur kau.

Sudut yang ni dekat dengan pintu masuk. Setelah aku meneliti satu persatu dalam kedai ni, frame die semuanya cerita lama2 zaman aku kecik2 dlu. Ye, yang Superman tu sekarang pun ade, tapi poster die susah taw nak cari yang macam ni. 

Macam kedai2 lain la. Mesti minuman sampai dulu. Aku minum ice lemon tea je, so tak payah la tunjuk dalam ni. Korang pun mesti dah biasa tengok. Disebabkan dia sorang ni minum air lain, so aku selit lah dalam blog aku ni. Grease ade jual TEH BOTOL ya!!! Yummy.....

Makanan pertama dah sampai, milik si peminum teh botol tadi. Yang ni "Spaghetti Aglio Olio" .. Sedap dap dap.. suke presentation die letak dalam bekas besi ni.

"Chicken Wing" die terbaik!!Highly recommended.. Satu pinggan ni korang boleh habiskan sorang. Pedas die, garing die, rasa die semua cukup sempurna.. Next time nak order banyak2 pinggan..

Ini pulak "loaded pasta" .. Yang ini pun sedap.. Adui pening mak.. makanan die semua sedap2 belaka.. Nasib baik aku tak order semua dalam menu dekat Grease ni.

Amboi tak sabar2 melantak ye kau. Mentang2 makanan aku sampai lambat. Muka terpaksa diganti dengan icon yang lebih comel. Hahha..

Yezza.. Makanan aku lambat sampai tapi memang puas hati. Ala tak la lambat sangat, beza 3 minit je dari makanan kawan2 aku ni. Ini lah dia "Spaghetti Meatball". Biasalah yang sedap tu selalunya lambat. ehh.. yeke??

Rasanya macam nak makan lagi dekat sini esok.. Jom.. heee.. Korang kalau nak pergi meh sini aku bagi alamat:-

GREASE
1-10-1 Presint Alam,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor.

Landmark : Tesco Seksyen 13, Laman Seri

Senang je lagi2 orang shah alam. Kalau korang bukan orang Shah Alam, ape susah... Pakai Waze je la.. heee


Ini permandangan sebelum korang masuk kedai. Tapi aku tangkap gambar ni masa nak balik. Bila tengok balik gambar ni, rasa tak nak balik pulak.. hahaha.. alamak kantoi ade entiti dekat cermin pintu tengah ambil gambar.. Sorry korang!!!

Ok la korang, nanti bila2 aku pergi tempat makan yang best, aku share lagi ya..

Love, 
Aina

Sunday, 16 August 2015

Barbeque Bersama Keluarga – Penutup Syawal 2015


Assalamualaikum..

Syawal bakal menutup tirainya. Hari ni adalah syawal terakhir bagi tahun 2015. Banyak kenangan syawal yang telah di abadikan. Terima Kasih Syawal dan Ramadhan. Semoga kita akan berjumpa lagi pada tahun2 seterusnya. Amin..

Waktu perayaan ini la keluarga dapat berkumpul dan berborak mengenai banyak perkara. Seronok kan? So, akhir syawal kali ini, kami buat BBQ untuk family. Tak pernah buat and this is first time buat. Dari penyediaan bahan and sos even tempat bakar, kami buat sendiri.


Haha..mcm2 dugaan tapi hasilnya memuaskan walaupun ade kekurangan. Kami buat simple2 je, panggil family terdekat dan jiran2. Ala2 open house, tapi kecil-kecilan. Aku pulak tak banyak sgt tolong sebab ade Sofea ni ha. Kuat merengek sekarang, maybe tgh tumbuh gigi kot. Badan die tak berapa selesa.

Inilah die ketua BBQ - Sufi Hakim ( Adik Ipar )
Tempat bakar kt atas tu benda paling payah nak buat. 3 kali eksperimen baru boleh berdiri kukuh dan mantap.. Hehe.. Ok next year beli je y dah siap tu.. Senang.. tak payah bakar pakai arang.. Heee

Yang ni pulak, hasil tangan aku 100%

Kasi close up sikit sbb AKU BUAT kan?? hahaha

Banyak lagi sebenarnya juadah dan dessert, tapi seketul Sofea byk nangis so, dpt pic2 yang mcmni je la.. Itu pun dah kire ok kan?

Yang ni pun buat hasil tangan ahli keluarga - Corn flakes milo
Yang atas ni resepi asal dari biras aku. Tapi buat ramai2. Sorang gentel lah, buat koko lah dan aku yang bahagian last iaitu masukkan dalam cup. hehe.. Ok la kan daripada tak tolong langsung.

Wah tiba2 rasa lapar pulak
Makanan BBQ kami - Daging Kambing, daging lembu, Ikan keli, Chicken Wing and sotong. Ok la tu kan? Next time kita buat byk lagi menu k.

Inilah die hasil tangan bile dah dihidang di luar ya 
Eh Spotted ketupat palas lah.. Hihi.. Ketupat beli ya, kami2 ni belum expert lagi nak buat ketupat jenis ni. Selalu raya pun pakai ketupat adabi je.. heee.. Buah-Buahan tempatan + Oversea tu pun aku yang decorate.. hahaha..

Tuan Tanah dan Seketul Sofea
Untuk akhirnya, meh belanja gambar aku dan seketul Sofea yang kepenatan. Ini lah sahaja gambar yang sempat di ambil sebelum seketul ini kembali meraung.. Ehh..
Walaupun kami sekeluarga kepenatan sikit, tapi we enjoy that moment a lot!!! i Love u family.

Love, 
Aina

Thursday, 13 August 2015

Kehidupan Aku Sebagai Seorang Ibu yang Berkerjaya dan “Fully Breastfeeding”

Assalamualaikum. 

Gambar Sumber Dari Google
Tajuk kali ini agak menarik bagi ibu2 ataupun bakal ibu . Aku nak share pengalaman menjadi seorang ibu yang full time breastfeeding to Sofea. Memang sebelum Sofea lahir, aku memang berniat fully BF untuk my baby. Alhamdulillah Allah S.W.T tunaikan hajat. Aku berharap agar niat murni aku ni tercapai sampai Sofea Ros berumur 2 tahun.

Masuk harini dah 5 bulan 4 hari aku berjaya susukan Sofea ‘Full’ breastfeed. Alhamdulillah. Bagi aku nak full BF fizikal dan mental kena kuat. Macam2 dugaan dan cabaran sepanjang 5 bulan ni. Baru 5 bulan, belum 2 tahun lagi. Aku berharap akan terus bertahan dan cekal demi Sofea tersayang.

Memang tak dinafikan cabaran agak tinggi lagi2 ibu yang berkerjaya. Letih bekerja dan letih dekat rumah pulak. Ye la, balik rumah bukan boleh terus mandi, makan, dan rehat. Anak mesti aku tengok dulu. Aku selalu sampai rumah dari opis dalam pukul 7.30 petang. Masa tu Sofea dah dekat rumah. FIL aku dah ambil dulu dari taska.

Macam2 nak kena cek. Beg taska die, Beg susu die, pampers die dan macam2 lah. Pernah jugak aku rasa down tapi Alhamdulillah Cocos byk membantu dan bagi sokongan. TQ sayang.. Cewah...

Segala yang ku korbankan hanyalah untuk mu ANAK
So, Entry kali ni aku nak share sikit jadual aku sebagai seorang ibu.. Kalau rasa baik dan boleh di jadikan rujukan, Alhamdulillah.

Mengurus masa amat penting ya. Sebab banyak benda yang diluar jangkaan akan berlaku dan apabila ianya berlaku dan korang semua tak ready, memang keadaan akan jadi kelam kelibut.. Emm betul ke ayat aku tu?? Ok la kot, janji korang faham kan?

Gambar Sumber Dari Google
Ini adalah jadual aku setiap hari di hari bekerja: (Weekdays)

** Pagi

Aku akan bangun pagi seawal pukul 6am. Aku tak suka kelam kabut dan serabut. Nanti aku akan jadi moody if buat benda last minute. Lepas mandi dan solat aku akan pam susu dulu – Sesi pertama . Then aku akan make sure barang2 Sofea dan barang aku dah ready. Tinggal Cocos angkat masuk kereta je.

Sofea aku akan hantar taska sekali masa kami nak pergi kerja. Sebab satu jalan je. Lagipun taska dekat dengan rumah.

** Pagi , tengahari dan petang (di opis)

If aku tak sempat breakfast dekat rumah, aku akan makan di opis. Even lambat sekali pun aku tak kan skip sarapan pagi. Minum air kene cukup, kalau tak macam mane nak hasilkan susu, betul tak?

Sesi Kedua mengepam dekat opis pukul 10.00 am . Tempoh masa setiap kali mengepam adalah 20 minit. Selalunya aku akan dapat 8oz sesi pagi. Kalau bertuah can go to 10oz.

Sesi ketiga selalunya after lunch, dalam pukul 2.30 pm. Yang ni selalunya aku akan dapat dalam 6oz, then if lucky that day can go to 8oz. Selalunya sesi kedua, tak sebanyak sesi pertama.

Sesi keempat aku akan pam sebelum balik kerja. Dalam pkul 6.30pm gitu. If tak sempat pam di opis, aku akan pam dalam kereta. Kali ni kebiasaannya aku akan dapat 5oz.
Tipu lah if aku akan dapat byk setiap kali mengepam.. Ade jugak pasang surutnya. Ada satu masa tu dapat 3oz je. Tapi tetap syukur. Ade jugak rezeki untuk Sofea. Yang penting jgn putus asa.

Jadual mengepam kena konsisten walau pun ibu2 semua sibuk bekerja. Lagi kerap anda pam, lagi banyak penghasilan susu badan. Kena sentiasa positif dan tetap ceria ya.

** Malam sampai awal pagi

Sampai rumah layan Sofea dlu, selalu mase ni die memang tunggu aku balik kerja. Nak minum susu fresh.. hahaha.. Then Cocos akan mandi2 dan bersiap2. Lepastu die plak layan Sofea aku plak mandi dan bersiap. Sembahyang sendiri. In case masa itu Sofea tidur, kami akan berjemaah.

Makan malam wajib kena bersama2. Sofea letak dekat dalam stroller baby. Kadang2 die ok then aku boleh makan dengan tenang. Kalau sampai masa meragam, aku dengan Cocos kena bergilir2 makan.

Aku akan mulakan rutin membasuh botol2 Sofea yang bawak taska tadi dan basuh jugak peralatan mengepam aku. Memang selalu aku yang basuh. Pernah jugak Cocos tolong basuh, itu pun kalau emergency sahaja. Aku prefer aku yang basuh sebab aku ni tak yakin sgt org lain boleh basuh sebersih aku.. hahahha.. Statement tak boleh bla la kau ni Aina.

Lepas settle, aku aku pam susu sesi kelima di malam hari. Cocos akan jaga Sofea sampai aku settle. Thanks hubby. Sokongan dari suami juga merupakan faktor yang penting ya. Bagi lah semangat sikit dekat isteri tu..

Lepas settle semua, aku akan tidurkan tidurkan Sofea. Bacakan buku cerita, nyanyi2 sikit dan menyusu. Tidur ke tak,its depend kepada keadaan. Kalau masa die meragam, pukul 1 or 2 pagi pun belum tentu die tidur. So, layan kan je la sampai die tidur.

Then dalam pukul 3 pagi, aku akan mengepam utk sesi keenam. Sesi yang ni selalu dapat byk. Waktu antara 12.00tgh mlm ke 6.00am adalah waktu yang baik kalau nak mengepam.

Begitula jadual kehidupan aku di hari biasa. Kena la disiplin kalau korang betul2 nak fully breastfeed dan untuk memastikan stok susu sentiasa ada dan mencukupi untuk bayi anda. Kronologi dekat atas tak lah fix ya. Ade juga berubah2 mengikut keadaan. Aku bagi point yang penting je.

Oh ye, untuk weekend pulak, jadual mengepam masih sama. Mungkin kan berubah sikit if aku keluar jalan2 or travelling. Pam sentiasa akan aku bawa. Ade mase terluang dalam kereta, aku akan pam.

So, korang ibu2 yang dah bekerja tu mesti ade pengalaman yang lagi menarik kan? Meh la share2.. Xpun letak link blog korang dekat komen. Sama-sama boleh tambah ilmu.

Ok la korang, sampai sini dlu aku bebel ya. See ya !!

Love,

Aina

Wednesday, 12 August 2015

Beraye Ke Penang Pulak!!

Assalamualaikum.

Last entry aku ade share beraya di Sekinchan kan? So, entry kali ni seperti yang di janjikan, aku nak share pulak pasal beraya di Penang. Raya ke dua kami dah gerak ke Penang. Beraya sebelah saudara mara Cocos pulak.

Walaupun hati tak puas lagi duduk kampung, tapi kena la jugak ikut suami kan?? Takpelah, hari lain boleh balik kampung lagi. Raya ke dua gerak lewat sikit, selepas Zohor, so, pagi tu aku sempat lagi ikut baraan perempuan. Dapat lah 4, 5 rumah bertandang.

Sedih je mak dan bapak tengok aku balik. Aku tahu dorang tak puas lagi nak manje2 dengan aku dan Sofea.. Cewaahh.. mcm la ko ni anak kesayangan Aina oiii... Sebelum gerak balik, snap picture byk2 dengan adik beradik. Lagi2 Sofea.. Kebetulan, aku ade belikan satu baju ni sama dengan anak buah. So, saje la shoot gambar Sofea pakai baju sama dengan sepupu die.

Sofea Ros + Nurdini Batrisyia
Ini lah baju yang aku belikan untuk Sofea and Dini. Sofea 4 bulan mase ni and dini 11 bulan. Hopefully dorang akan jadi best friend dan tiada sengketa. Payah betul nak snap pic dorang ni. Susah betul nak suruh pandang kamera.


Haaa.. Akhirnya dapat jugak gambar yang keduanya pandang depan. Itu pun bukan pandang kamera. Pandang Cocos dekat tepi tu.. Hai la anak2.. Heee

Sofea dengan auntie yeyen - Akak ipar aku ni
Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang sgtlah jem ya.. Gerak pkul 1.30 petang sampai pukul 8.00 malam. Mahu kematu jugaklah punggung ni. Alhamdulillah Sofea tak meragam dalam kereta dan banyak tidur. Kadang2 ade jugaklah nangis. tapi lepas bagi susu, senyap dan tidur balik.

Lenanya anak mommy tidur.. mmmuuuaaahhh
Sampai2 je kitorang terus check in hotel dan mandi. Keluarga mertua dah sampai awal sikit dari kitorang. Malam tu keluar makan dan balik hotel terus tidur. Esok paginya (raya ketiga) baru kami start beraya rumah sedare mare area Pulau Pinang ni.

Macam biasa, sebelum gerak beraya kami ambil family photo dulu dekat lobi hotel. yang kelakarnya sama pulak warna baju kitorang dengan sofa dekat lobi tu. Amboi, memang sedondon betul la pagi tu.

Tak paham lah, tangan Cocos tu nak peluk ke tepok?? hahaha
Yezzzaaa, tema kami tahun ni peach ya. Mommy yang pilih warna tahun ni. Sofea mcm biasa akan berkepit dengan Wan die. 


Seronoknyer Sofea bergambar dengan Aki dan Wan ya. Gelak tak sudah2. Sofea pun aku buatkan baju kurung jugak. Baju kurung moden ya.. heee


Yang pasti baju anak mestilah sama dengan mommy die. betul tak? Sofea boleh pakai baju ni sampai petang, itu bermakna baju ni memang selesa ya. Tempah dengan kawan aku dekat area Shah Alam. Jahitan memang kemas dan selesa.


Ini Sofea bergambar dengan Pak Su die (Adik Cocos yang bongsu). Amboi muke monyok je Sofea. Ngantuk sangat dah Sofea masa ni. Masuk kereta je terus tidur.

Raya ke empat dah balik KL dah. tak lama pun stay Penang. Habis melawat saudara mara balik la. hihi.. 

Meh la share korang punyer pengalaman raya macam mane?? Mesti lagi syok kan?

K la sampai sini dulu entry kali ni.. mmmuuaaahhh...

Love,
Aina

Tuesday, 11 August 2015

Hari Raya 2015 ~ Raya Belah Bini..Sekinchan

Assalamualaikum. 

Today dah pun 26 syawal. Amboi cepat betul masa berlalu dan baru hari ni la aku dapat share story hari raya 2015 bersama keluarga. Sama seperti tahun lepas, aku beraya bersama suami, keluarga dan keluarga sebelah mertua. Bezanya tahun ni ada Sofea Ros dan beraya sebelah family aku...extra seronok tahun ni.

Persiapan sederhana je, tapi lebih sikit dari tahun lepas. Tahun lepas baju 2 pasang, tahun ni up lagi 1.. 3 pasang. Dah tak ghairah sangat nak shopping baju sendiri. Apa2 hal memang anak di utamakan. Baju die pun dah semakin membiak dalam almari tu. Nampak gaya macam kena beli almari baru je.

Ok berbalik cerita raya kite tadi ya. Tahun ni cuti lama sikit, sebab nak melawat semua sanak saudara dari timur sampai utara. Cewaaahhh.. Hakikatnya sebab taska Sofea tutup lama.. wawawa.. L Ok jugak la, bukan selalu jumpe saudara mara kan? So, bolehla lepak2 lama sikit dekat kg.

Rabu 15 julai 2015 : Dua hari sebelum raya aku dan Cocos dah cuti dan decide balik kampong haritu jugak. Hati girang sangat bile cik abg ajak balik kampung awal. Before balik, sempat lagi penuhkan pendrive dengan lagu2 raya. Then yang paling lemah masa nak packing baju, adoii lemah semangat mak nak oi.. Barang2 Sofea je dah 2 beg, barang aku 2 beg (beg baju and keperluan wanita) J. So, 5 brg kot nak kena ready. Mujur lah barang cocos satu beg je.

Sampai Sekinchan memang tepat2 waktu berbuka. Dari Putrajaya mmg pagi, tapi byk sgt persinggahan. Biasa lah barang asyik tak cukup je.

Khamis 16 julai 2015 (SEKINCHAN) : Wehuu.. Masa ni satu rumah wajah gembira dan bertenaga. Sebab esok raya kan? Walaupun malam baru ade pengumuman. Tapi dengan konfiden adik2 cakap “confirm esok raya kak, selalu betul je dekat calendar”

Pagi2 lagi ayah dan abg dah pergi pasar beli ayam, daging dan keperluan untuk masak. Dah memang tradisi keluarga aku, sehari sebelum raya kami akan masak juadah raya dan bertukar2 makanan dengan saudara mara.

Tengahari kami dah mula memasak. Kaum adam potong ayam dan daging. Kali pertama Cocos rasa kemeriahan di kampung. Kaum hawa pula potong bawang dan sediakan bahan2 kering untuk memasak. Seperti biasa master chef adalah mak tercinta. Rasa masakan ibu tiada tandingan.. hehehehe

Ketua Gotong-Royong tahun ni

Ini pula co-chef - Die ni agak pakar juge dalam masakan

Malam tu masing2 ddk depan TV nak dgr pengumuman raya dan ternyata tepat jangkaan adik2 aku. Esok confirm raya. Perasaan gembira dan sedih pun ade masa itu. Lepas je pengumuman aku dan kakak terus ready masukkan kuih dalam balang, hias ruang tamu, susun gelas, pasang langsir.

Malam itu rasa meriah sgt, sebab abg2 pasang pelita, adik2 dan anak buah main bunga api dekat laman.. Dah macam dalam iklan raya la pulak. Aku rasa bersyukur dan gembira dengan permandangan indah di depan mata bersama keluarga tercinta. Disebabkan esok raya, aku dan adik beradik tak nak tidur awal2. Kami manfaatkan masa yang ada untuk tengok movie sama2. Adik bongsu berlagak nak tengok cerita “insidious”, dah pesan jangan tengok. Degil!! Tak pasal2 malam nak kencing dan berak suruh mak teman. Adui la adik2..

Jumaat 17 julai 2015 (SEKINCHAN): Masing2 bangun awal harini. Mandi awal dan bersiap untuk sembahyang raya. Nampak riak ceria di wajah mak dan bapak pagi tu sebab tahun ni semua adik beradik berkumpul. Juadah pulak, banyak sangat sampai tak ingat dah menu nak list2 kan satu2. Mak ade 7 orang anak dan semua kegemaran kami mak masakkan. Terima kasih mak.

Tahun ni tema merah ( 1st Raya) - Susah betul nak dapat gambar yang proper
Habis je sembahyang raya, kami sekeluarga berkumpul  dekat rumah dan bersalam-salaman antara kami. Air mata, gelak ketawa mewarnai pagi hari raya. Lepas lap2 air mate, cepat2 pergi rumah atuk pulak, tiap2 tahun mesti kami sedare mare, cucu cicit akan pergi rumah atuk pagi2 raya pertama.

Suasana rumah atuk - Sofea Ros tidoqqqq
Kaum adam tak boleh lepak lama sgt rumah atuk sebab, raya pertama ade baraan dari rumah ke rumah. Raya kedua nanti baraan untuk kaum hawa jugak. Tahun ni jugak merupakan pengalaman pertama cocos ikut baraan.. Hihihi.. Makan sampai kembung la sayang oi.

Habis baraan lebih kurang pukul 7 petang. Cocos kate seronok tapi letih sikit. Sofea Ros pula, asyik tidur je hari ni.. Letih masak rendang kot semalam.

Tidur2 pun duit raya tetap ade ya..

Aku harap Raya korang tahun ni meriah dan gembira la ya.. Saling bermaafan sesama saudara. Buang jauh perasaan negatif semasa saudara dan jangan lupe ziarah-menziarahi.. amboi macam lagu raya pulak.

Ok la korang sampai sini je kot cerita berhari raya de Sekinchan. Next Entry kite story raya dekat Penang pula ya.. Bye2

Love,
Aina



Thursday, 6 August 2015

Sambutan Hari Raya Dekat Office

 Assalamualaikum. 

Scroll news feed dekat Facebook, masing2 dok upload majlis rumah terbuka dekat company masing2. Gembira dan ceria je semua orang. Suke sgt org upload2 mcmni, kita yang tak happy pun ikut happy. Tapi xtahu la pula, jika ade orang yang tak suke org lain share2 kebahagian di FB. Mungkin org itu bermasalah.. Opsss..

Ok nak dipendekan cerita, today opis aku pun ade buat makan2 jugak. Kali ni bukan sambutan hari raya sahaja. Kami gabung sekali dengan Ulangtahun Opis yang ke-8. Alhamdulillah, semoga syarikat sentiasa dalam keadaan baik2 dan semakin maju. Jabatan aku antara yang bertanggungjawab untuk melancarkan majlis ini.


Kek ni over-sedap ya. Memang sepotong tak cukup. Nak makan berpotong2. Hehe.. Turutkan hati nak je makan sorang2.


The best CEO, masa ni acara potong kek. Before that, die ade la beri sepatah dua kata kt semua staff. Dalam hati doa byk2, ntah die announce nak bagi bonus awal ke.. Hahaha.. Tapi takde pun. Kena kerja rajin2 je. Ok la tu kan.. Hehe


Yang ni pose wajib ye dlm apa2 majlis yang melibatkan kek. Yang baju oren ni best friend aku dekat opis. Apa2 hal mmg aku ngadu dekat die je. Kek ni pun die yang tempah.


Belanja pose ala2 model jawa ni satu. hehe.. Bukan selalu pun dapat pose sorang2 mcmni. Almaklumlah dah ade seketul Sofea yang suke berkepit je.
Jubah : poplook.com
Wide Shawl : ainalista
Makeup : Salmah Rosli (IG: 7_smile )



Makanan yang wajib ade setiap tahun ialah kambing golek bebeh. Tanpanya majlis takkan rasa sempurna dan meriah.. Awww poyo jek. Tahun ni company provide 3 ekor kambing, melantaklah korang sampai muntah hijau ya. heeee


Oh ye, sila la bagi mak pengantin makan dulu ya. Dari tadi tak dapat makan. Sibuk sgt layan tetamu. Lagi2 baju oren tu.. Cari sudip riuh satu opis.. Hahaha..


Yes!! memang byk gambar candid mase makan. Itu maknanya, kitorang kalau makan memang tak pandang kiri dan kanan dah. Haa.. Yang belakang tu xsabar nak buat letupan nampak..


Bergambar dengan kereta idaman.. InshaAllah one day!!Amin.. Oh ye, ini la hero malaya dekat opis ni. Pangkat adik2 je ngan aku. Dulu praktikal, now Alhamdulillah dah jadi Executive. Rezeki ko la Mido oi..


Kerja sini hampir 3 tahun, tapi ini lah kali pertama dapat bergambar dengan CEO mcmni. Wah!! Hari bertuah harini. 


Yang ni second round punye makan.. hihi... Hari ni memang hari makan sedunia. Hope mido x bace entry kali ni. Sebab muke die aku tertutup dengan rama2 belaan aku.. hehe


Ini lah Team aku dekat sini. Semuanya friendly dan teamwork yang sgt tinggi. Kitorang dah mcm family walaupun kdg2 selisih faham sikit. Tapi tu normal la kan. Apepun kami happy!!!


Oh ini baru sebahagian staff sini. Yang lain xsempat nak kejar tangkap gambar ramai2. Wajah2 ceria ini lah yang buat aku rasa semangat nak dtg keje setiap hari. Semoga perhubungan akan kekal begini sampai bila2.

Entry kali ni byk dengan gambar2. Hope korang tak bosan la menatap gambar2 ni ya. Lagi2 menatap gambar aku. Yang aku rasa hampir setiap gambar ade muka aku.. Hahaha.. 

Ok la korang, nanti free.. Aku update entry lain k..

Love,
Aina