Jom Buat Duit!!!!

Friday, 8 April 2016

Sofea Ros Dan Memberus Gigi

Salam Sayang..

Hari ni nak cerita sikit pengalaman menggosok gigi SR. Yes, pada mulanya dulu aku ambil mudah ye pasal benda ni, sebab aku rasa baby tak payah gosok gigi.. Hahaha.. kelakar betul.. Sebab tak de knowledge pasal benda ni so aku anggap tak lah penting.

SR tumbuh gigi awal taw, 4 bulan dah ade 2 batang gigi bawah. Dan makin hari makin cepat pulak die tumbuh. Tahan je la mase die ni mengigit mase menyusu. Pada mulanya aku just gosok2 je pakai kain. Just nak make sure gigi die bersih. Sampai la usia die setahun.

Sekarang umur die 1 tahun 1 bulan baru lah aku menggelupur nak belikan berus gigi dan ubat gigi sekali. Itupun sebab aku ade perasan gigi SR ade rosak sikit. Hahaha.. Lama jugak lah menggoogle jenis2 berus gigi dan ubat gigi yang sesuai untuk baby bawah 2 tahun. Yela salah beli nanti jadi masalah lain pulak. Lagi2 ubat gigi, make sure kena beli yang boleh dimakan/ditelan ya. Baby ni tak tahu lagi ludah ubat gigi tu. Dorang telan je.. Hahahhaa..

Pada mulanya agak payah nak suruh SR bukak mulut dan nak memberus gigi die.But then ok sebab setiap kali masa nak gosok gigi, aku dan cocos pun akan join gosok gigi sambil menyanyi. 'Bangun Pagi Gosok Gigi.. Cuci Muke.....bla..bla...bla". Hahaha.. SR pun happy dan gosok gigi dengan gembiranya.. (Kadang2 je gembira, yang tak kadang2 tu kena pakse jugak).. 

Dekat sini aku nak share berus gigi dan ubat gigi yang SR guna:

Beli dekat Mothercare , Alamanda Putrajaya
Brand : Jack N' Jill

Close Up Description - Tooth Brush Die

Kalau rajin bace la.. hahaaha

Beli perisa strawberry - Fav SR
For Baby make sure kandungannya is NATURAL ye..
Kena tengok betul2 ya.. Make Sure Safe to Swallow (Boleh Telan).
Buat ibu2 di luar sane.. Nak pastikan anak2 gosok gigi bukan tugas yang mudah ye. Even aku pun kadang2 give up jugak. But kite kena konsisten baru lah anak pun ikut dengan baik. Try la bukak video2 yang berkaitan dengan gosok gigi ke ape ke.. So, itu akan buat die suka gosok gigi.. InshaAllah..

Rajin gosok gigi.. Boleh senyum lebar hari2..
So, Mommy diluar sana please alert tentang gigi anak2 ye.. Walaupun masih bayi, BUT if dah tumbuh gigi sila lah jaga betul2. Macam aku ni kire lewat jugak lah.. Hope fully gigi SR tak teruk sgt rosak nya.

Maybe Mommy2 boleh share cara handle anak dekat ruangan komen. Sama2 kite kumpul ilmu.

Love,
Aina Ma'at

Friday, 1 April 2016

Kaftan Baby & Kids By SofeaRos Signature

Salam Sayang..

Wah.. Dah pun masuk bulan April 2016. Entry pertama bulan April ni.. Hihihi.. Ini je la masa nak update blog sebab SR dah nyenyak tidur.

Seperti tajuk entry dekat atas, Aku ade buat project baru dengan menggunakan brand SofeaRos Signature. Dan disebabkan brand pun nama anak, so produk yang dihasilkan ialah produk kanak-kanak iaitu Kaftan Baby & Kids.

Untuk kali ini konsep adalah pre order, dimana anda semua perlu book with payment dan aku akan proceed untuk jahit. 

Batch 1 ade 6 warna pilihan dan boleh mix & match antara baju dan kain. Teruja tak nak tengok sample baju. Jom terjah!!!

Off White
Baby Pink
Dusty Pink
Nude Gold
Jade/Nude Green
Royal Blue
Daripada enam warna di atas, korang jugak boleh mix antara baju dan kain. Cantik taw! Takdelah satu warna je. Headband pun korang boleh pilih nak warna apa. Set Kaftan ni include sekali dengan headband taw.. Syokkk Sgt.. Ni ha aku tepek antara contoh mix & match :

Off White + Nude Gold
Dusty Pink + Off White 
Cantik pulak match2 ni :) 
Jade/Nude Green + Dusty Pink
SR suka betul bila aku pakai kan Kaftan ni. Tak nak bukak.. Hai la anak. Material aku pakai Chiffon Stretchable. Chiffon yang tidak terlalu nipis & tidak terlalu tebal. Aku nak budak2 pakai selesa dan tak panas.

Eh Eh malu2 pulak
Ni ke bunga ros??
Ok dah siap nak g kenduri.. 
Ok pasal size pulak, aku sediakan sampai umur 5 tahun. Then dekat sini jugak aku tepek measurement table untuk korang rujuk.

Dalam Table
Ni pulak aku buat bagi memudahkan korang anggar ukuran
Kain
Ni pulak aku buat bagi memudahkan korang anggar ukuran
Baju
Batch 1 aku dah closed 31.03.2016 ETA 20-22 April 2016. TAPI bagi pembaca blog aku yang baru terjumpa pasal Kaftan Baby & Kids ni. Boleh Watsap aku and bagi kata laluan 'ainalista'.

So, dari situ aku tahu korang reader blog aku. Nak ikuti perkembangan terbaru SofeaRos Signature boleh follow :

Instagram : @sofearos_signature
Instagram Personal SR : @sofearos
Contact No : 019-2254405
Email : ainalista87@yahoo.com.my

Haa..Cepat2 la order sebelum raya ni. Nanti dah dekat nak raya baru tempah, sorry dah closed ya.. Hihihi

Love,
Aina Ma'at