Jom Buat Duit!!!!

Monday, 30 January 2017

Herpes Gingivostomatitis | Sofea Ros satu tahun sebulan

Salam Sayang..

Tajuk entry kali ni scientific skit.. ececeh.. Benda ni dah lama ( Berlaku dalam bulan May 2016), tapi nak share jugak if ade kalangan ibu2 bapa yang pernah melaluinya atau pun sedang mengalaminya.

Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, meh sini aku share sikit ape tu Herpes Gingivostomatitis. Ianya adalah nama sejenis penyakit ya. Sofea Ros antara yang terpilih untuk mengalaminya.

Gingivostomatitis adalah jangkitan biasa pada mulut dan gusi. Tanda-tanda utama adalah mulut atau gusi bengkak, dan luka-luka di dalam mulut yang menyerupai kudis mawar liar. Jangkitan ini boleh menjadi hasil daripada jangkitan virus atau bakteria, dan sering dikaitkan dengan penjagaan yang tidak betul gigi dan mulut anda. - Sumber: HealthLine

Gingivostomatitis amat biasa di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak dengan gingivostomatitis boleh drool sehingga engkau tidak makan atau minum kerana tidak selesa (sering teruk) yang disebabkan oleh luka. Mereka juga boleh mengalami demam dan nodus limfa bengkak.-Sumber: HealthLine

Sumber: Google Imej

Sofea mula terkena jangkitan selepas demam dalam tempoh 2-3 hari. Hari ketiga dia dah start tak nak minum susu, makan, dan main. Asyik menangis je. Jangkitan ni tak lama selepas die kena ulser. Ade dalam entry ni http://ainalista.blogspot.my/2016/05/ulser-mulut-pada-mulut-anak-bawah-2.html

Ada kemungkinan, mase die kena ulser tu, jangkitan tak sepenuhnya sembuh dan terjadinya Herpes Gingivostomatitis. Gambar atas adalah dari google imej. Sama simptom2 dengan Sofea sehari sebelum aku bawak pergi pakar.

Ini Sofea, muka dah start naik mcm rashes

Sebelum teruk mcm gambar dekat atas. Tapi dah nampak dekat bibir tu macam ade bintik2 kecil.

Dalam satu tahun ni (2016) mcm2 dugaan yang aku lalui sebagai seorg ibu. Tapi alhamdulillah, suami betul2 membantu dan bagi dorongan. Ini adalah ujian dari Allah S.W.T. Tak semua org terpilih untuk melaluinya. Ok berbalik kepada Herpes. 

Apakah punca-punca gingivostomatitis?

Gingivostomatitis boleh berlaku kerana:
  • jenis herpes simplex virus 1 (HSV-1), virus yang menyebabkan kudis sejuk Coxsackie, virus sering dihantar dengan menyentuh permukaan atau tangan individu yang tercemar dengan najis (virus ini juga boleh menyebabkan gejala seperti flu).
  • bakteria tertentu (Streptococcus, Actinomyces) kebersihan mulut yang lemah (tidak menggunakan flos dan memberus gigi anda dengan kerap).
Antara punca2 dekat atas ade kemungkinan adalah punca jangkitan ini terkena kepada Sofea. Kadang2 aku lupa atau pun tak sempat nak bersihkan mulut. Selalu lepas mengusu, die terus tertidur dan aku tak sampai hati nak kejutkan. Jadikan pengajaran ya semua!!!

Kali ni aku dapatkan rawatan dekat An-nur Hasanah Bangi sebab dekat dengan rumah. Alhamdulillah layanan, bilik dan rawatan aku mmg puas hati. Bukan setaka bagi ubat sahaja. Tapi nurse dan doctor assist sekali mase bagi ubat, drip dan sebagainya. Suami aku pon puas hati. Nampaklah dorang mmg betul2 jalankan rawatan. Kalau malam2 sofea menangis terus nurse datang assist bagi ubat dan tenangkan Sofea. So different dengan KPJ.. Sorry..

1st day admitted - Die still ok dan drip dekat tgn

Kali ni An-Nur drip sofea sbb takut Sofea De-Hydrated. Sofea tak nak minum & makan. Sofea fully breastfeeding, so bila die refuse nak minum aku jugaklah sengsara sebab bengkak oiii breast.. Sehari duduk hospital, adelah 30oz total aku pump.

Sekali pump dalam 10-12oz

Mase ni siang, so belum meragam lagi, Lagipun drip + ubat sekali.

tertidur - Sayu hati tgok gambar ni lama2..

Bangun tidur terus main- Muka nampak bengkak sikit maybe sebab drip.

2nd day - Makan buah tembikai

Hari kedua bangun2 segar je, tidur pun lena. Bintik2 dekat muka pun dah kurang. Makan dah ok, dah boleh mengusu - Yeay!!! Mommy is happy. Syukur Alhamdulillah.

Kena buli dgn daddy - Pakai sarung kepala mommy

After 3 days admitted - Dah boleh discharged yay!!! ( Gambar dekat rmh dah)

Alhamdulillah setakat hari ni takde dah terkena jangkitan ni lagi. Semenjak peristiwa ni, aku lebih menjaga kebersihan sofea terutama dalam mulut dan botol susu. Memang aku akan paksa jugak die berus gigi walaupun guna paksaan. Lama2 die ok je.

Next day bawak jalan beli kopok leko...

Hope Sofea tak mo dah sakit2 ya. Tapi jika berlaku lagi, aku anggap itu ujian tuhan. Insan terpilih. Amin....


Love,

Aina Ma'at